Entries Profile +Follow Dashboard
Unit 6: Pembentukan Malaysia
Thursday 4 October 2012 [0] Pengomen

Assalamualaikum,Salam Sejahtera kepada pembaca sekalian.Kami Geng Bloggerz Wani ingin menceritakan kandungan di dalam Unit 6,Pembentukan Malaysia,Tahun 6 dyang terdapat di dalam buku teks Kajian Tempatan kami.

Mari kita kaji peristiwa pembentukan Malaysia!

Tunku Abdul Rahman dalam satu ucapan beliau di depan Persatuan Wartawan Asing di sebuah hotel di Singapura pada 27 Mei 1961, menggagaskan penubuhan negara Malaysia yang terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Brunei Sarawak, dan Sabah. Antara lain, ia bertujuan untuk menyekat pengaruh komunis, mengimbangi jumlah penduduk, meningkatkan kemajuan ekonomi dan mempercepat proses kemerdekaan terhadap Singapura, Brunei, Sarawak dan Sabah. Singapura menyambut baik idea tersebut manakala Brunei enggan menyertainya. Manakala Sarawak dan Sabah yang mulanya menolak cadangan tersebut akhirnya telah bersetuju apabila diberi jaminan mengenai pemerintahan sendiri.

A : Latar Belakang m/s 72





Bagi menjayakan usaha untuk membentuk Persekutuan Malaysia,Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia telah ditubuhkan.Jawatankuasa ini bertanggungjawab memberikan penerangan kepada pemimpin Sarawak dan Sabah tentang pembentukan Malaysia.Selain itu,Suruhanjaya Cobbold pula ditubuhkan bagi meninjau pendapat penduduk Sarawak dan Sabah untuk menyertai gagasan Malaysia. 

Tokoh-Tokoh

Pembentukan malaysia telah dapat dijayakan dengan bantuan tokoh-tokoh yang berwibawa.Berdasarkan gambar di bawah,kenali mereka yang telah menyumbangkan bantuan dengan dedikasi.

 Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj,wakil Persekutuan Tanah Melayu dan merupakan Perdana Menteri yang pertama.

 Tun Datu Mustapha bin Datu Harun,wakil Sabah dan merupakan pemimpin parti USNO.

Tun Fuad Stephens,wakil Sabah dan merupakan pemimpin parti UNKO.

Lee Kuan Yew,wakil Singapura dan merupakan perdana menterinya.

Temenggong Jugah anak Barieng,wakil Sarawak dan merupakan pemimpin parti PESAKA. 

Nota tambahan :
USNO      >> Parti Kebangsaan Sabah Bersatu
UNKO      >> Parti Kebangsaan Kadazan Bersatu
PESAKA >> Parti PESAKA Anak Sarawak
B : Peristiwa Pembentukan Malaysia m/s 74

Pada 9 Julai 1963,Perjanjian Persekutuan Malaysia telah ditandatangani di London oleh Pemimpin Tanah Melayu,Sabah,Sarawak dan Singapura dengan pihak British.Oleh itu,Persekutuan Malaysia secara rasmi telah diisytiharkan pada 16 September 1963. 
Namun dua tahun selepas itu,iaitu pada  9 Ogos 1965,Singapura telah dipisahkan daripada Persekutuan Malaysia.

Dokumen Pemasyuran Kemerdekaan

Di bawah ini terdapat antara peristiwa penting yang berlaku sbelum terbentuknya Pembentukan Malaysia.Mari kita hayati peristiwa-peristiwa itu secara kronologi.